Wednesday, November 26, 2014

THROWBACK JANDA BAIK - FEB 2012

Assalam..

Sebelum aku cerita kisah trip ke Pulau Pangkor tu, aku nak mengimbas kenangan last holiday trip kat Janda Baik  dengan Allahyarhamah mak aku.  Trip ni satu malam  je, sabtu 4 Feb hingga Ahad 5 Feb 2012. 6 bulan sebelum mak aku meninggal dunia.  Aku book 5 chalet,  tak silap satu malam rm100 je.. ok  la..  dekat dengan sumgai..chalet pun ok...

Jeram yang sejengkal je dari chalet

Allahyarham mak aku ni lahir nya kat Teluk Sisek Kuantan but selepas tu berpindah-randah ikut Allahyarham tokki aku tapi still daerah Kuantan la. So most of the places yang dia duduk tu ada laut.. ada sungai… So bila aku cerita pasal trip Janda Baik dia memang seronok sangat siap berangan nak duduk atas batu memancing macam masa kecik-kecik dulu.

Lepak-lepak sebelum acara makan udang galah berjemaah,... Tuan rumah, Mak, Andak & Kak Ani

Kami semua memang tak yakin la mak aku akan buat semua ni sebab mak ni tak boleh jalan lama-lama  sebab pernah patah tulang pinggul dan lutut. Tapi mak memang confident la.. dia cakap mak duduk tepi-tepi je…



Trip  ni tak ramai sangat yang join sebab time ni ramai pulak yang ada plan lain but aku proceed je la..yang penting nak bawak mak aku jalan-jalan.  Yang join masa ni kakak aku Kak  Ani dan famili,  abang aku Pak Itam dan family,  kakak aku Andak, Ngah dan anak dia Ike, Anak sedara aku Erry dan family.


Mak aku duduk kat bench tu je..tak berani nak masuk air..batu-batu licin..  dia takut jatuh...

Macam biasa la, urusan booking membooking ni memang kerja aku..  before ni aku dah pernah pergi Janda Baik dengan Imi, Amer dan family Kid..Btw, dorang semua ni anak-anak sedara aku yang memang close dengan aku..dorang ni juga la geng jalan-jalan bila bosan kalau tak ada apa nak buat masa  weekend. Masa first trip tu kami stay kat Pondok Impian, owner dia Den Wahab but ayah mertua dia, pelakon Tamam Idris yang jaga. Tempat pun cantik.


Santai-santai...  Ike.. atas riba tu Harith, Kid.. Mak & Andak...


Pak Alang, suami Kak Ani.. btw, kak Ani ni mak Imi & Syita..

Tiga dara...Izlyn anak Pak Itam... Zaira dan Syita.. sakan makan ice-cream sambil berendam...

Zaira.. budak yang sakan main air sampai tak nak keluar dari jeram....

Sessi berendam... De anak Pak Itam.. Syita,.. Ngah dan Andak....



Gossip-gossip sambil berendam....



Masa second time ni aku book D’River sebab Pondok Impian tu fully book. D’river ni pun cantik,chalet dua tiga langkah je dari jeram…. Memang best la duduk sini. So layan gambar-gambar kami kat sini. Banyak gambar dah hilang  sebab thumb drive hilang…

Sampai je kat chalet terus lunch sebab kakak2 aku dah masak siap-siap dari rumah masing-masing... yang paling ditunggu udang galah sungai pahang. Aku dengan Erry buat nasi lemak kukus ayam rempah...Ada lagi lauk-lauk lain so sampai malam  la tak payah masak. Aku bawak portable cooker tu so untuk breakfast dengan lunch esok kami masak je...Barang-barang beli kat kedai runcit kat kampung situ.


Zaira....Budak yang suka main air....

Buktinya.....dah lebam biru mulut berendam....



Ike dan Harith..... 



Tak habis-habis lagi gossip... hahaha.... lepas tu kelaparan...

Kak Nor yang teruja dapat main air..  ni isteri abang aku Pak Itam...

Sessi makan selepas berendam...

Kak Ani melayan perasaaan... sambil berangan,...nk buat jeram keliling rumah kot..hehehe

Imi yang kesejukkan....


No comments:

Post a Comment