Sunday, November 23, 2014

Medan Day 3 : Parapat ke Medan

Isnin : 22 April 2013

Seawal jam 7.00pagi waktu sini, aku dah merayau rayau dengan Laily sekitar hotel untuk snappy2. Udara pun sejuk dan nyaman je tapi dah ramai yang memancing di tepi tasik. Malam tadi tak berapa lena sangat tidur sebab bising. Ntah group dari mana yang berbbq dan berkaraoke sampai pagi. Jenuh jugak la tutup telinga nak tidur. Bilik dorang tu betul2 di bawah bilik kami.


Tangga dari bilik ke reception area

Pose tepi tasik... bilik kami yang di atas tu....

Tepian Tasik Toba.... belakang tu ramai kaki pancing

Memang banyak sangat ikan kat tasik ni.. boleh nampak ikan yang berenang-renang


Intai-intai hasil pancingan dorang...

Aku dan laily je berdua snappy2.. Kid dan family masih bersiap kot maklumlah dengan anak-anak. Macam2 pose la aku dengan laily sambil tu sempat gak borak2 dengan pemancing2  tepi tasik. 7.30pagi Kid dan family join snappy2.. dari tepi tasik sampai la atas bukit kami bergambar. View memang cantik memandangkan cottage ni terletak betul2 tepi Lake Toba


tunjuk apa tu buk Laily... tangga tepi tangga tu la bilik-bilik yang facing tasik..



Area depan reception area. kat puncak bukit tu la restoren utk breakfast

Jam 8.00pagi terus ke reception untuk check out dan tunggu Rudi datang pick up untuk pergi breakfast kat puncak bukit. Boleh la kalau nak menapak tapi sebab terus nak check out so minta Rudi pick up.

Posing ala Puteri Zaira


Posing maut tu,.. berlatar-belakangkan
Lake Toba

Erry and the kids.. Zaira & Harith...


Our hotel kt Parapat ni.....Zaira pose ala sakit perut kot....

Kami lagi.. Me & bu Laily.... photobomb by Harith

View kat restoren pun memang menarik berlatar belakangkan Lake Toba yang seluas mata memandang.  Kat sini pun foodnya ala carte sebab tak ramai guest. Kami datang ni bukan time public holiday so memang tak nampak sangat Malaysian kat sini. Kami berempat order nasi goreng dan mee hoon goreng, rasanya boleh tahan la. Ok la untuk isi perut because today will be another long day..Zaira dan harith cuma makan roti bakar. Settled makan dan snappy2 tepi pool, kami terus gerak ke Parapat. According to Rudi, kami akan stop di Paten dan juga lunch dalam perjalanan nanti.

Breakfast di puncak....


Puteri Zaira berlatar-belakangkan view Lake Toba dari kejauhan....


Jom breakfast.... udara nyaman.. perut pun lapar.......lets makan...

Jalan dari Parapat ke Medan lebih kurang je macam semalam, turun naik bukit dan berliku liku. Kebanyakkkan penduduknya kaum batak yang beragama Kristian so banyak la gereja sepanjang jalan diselang seli dengan gerai yang menjual B1 dan B2 panggang. B1 tu anjing dan B2 tu babi. So hati hati kalau nak berhenti untuk beli makanan sepanjang jalan Parapat so to be safe, hire muslim guide.


Macam-macam benda yang dapat kita lihat disini yang buat kita lebih appreciate what we have back home. Ini pandangan aku la sebab lain orang lain pemikirannya kan? Rumah pun padat padat.

Ubi kayu yang cantik disusun... creative & maximizing space .....

Ada satu town kalau tak silap namanya Permatang Siantar yang agak unik dengan identity beca dengan motor ala Harley Davidson. Bak kata Rudi memang sengaja dikekalkan sebagai identity kota Permatang Siantar ni..
Becak.. dengan moto German bak kata Pak Rudi

Selepas 2 jam setengah perjalanan, kami stop di Kedai Paten yang menjual pelbagai snack dengan nama yang unik. Teng Teng.. Tung Tung.. Ting Ting dan macam2 lagi nama yang unik. Actually semuanya biskut berasaskan kacang. Ala macam kacang tumbuk la kat Msia. Sambil rasa-rasa, sambil tunjuk tunjuk, masing masing terus bayar dan jalan angkut plastic masuk Innova untuk teruskan perjalanan. Sempat juga la snappy barang sekeping dua kat sini buat kenangan. ;). Tak silap harga untuk 8 kotak rp180ribu. Boleh la beli sebagai souvenir untuk kaum kerabat….

Model kacang tumbuk.. 

Beli jangan tak beli.... sakan shopping semua....

Sedap ke Kid.. sampai terpejam-pejam mata...

Buk Laily masih memilih...  tengah pikir tu, berapa kotak nak borong....

Lama jugak la perjalanan, masing-masing2 pun dah ala2 boring dan mengantuk..  Pemandangan pun da bertukar-tukar.. sekejap rumah-rumah kampong.. sekejap kebun getah.. sawah padi.. gerai2 jualan…  Kami pun asyik bertukar-tukar tempat dalam Innova… ambik giliran jadi peneman guide kami Pak Rudi. Jarak Parapat ke Medan tak la jauh sangat cuma lebih kurang 170km tapi sebab jalan kurang elok dan banyak sangat stopnya tu yang sampai 6 jam. Kalah jalan Kuantan KL masa belum ada Karak Highway dan LPT dulu..

Sempat jugak la minta Rudi stop tepi jalan untuk beli lemang dan tapai, tapi lupa la plak apa nama tempatnya. Yang peliknya, dorang ni makan lemang dengan kaya. Lemangnya size kecil-kecil macam lemang Kijal yang popular kat Trengganu cuma macam tak masuk je makan dengan kaya.  

Akhirnya.. selepas 5 jam perjalanan, kami tiba Restoren Simpang Tiga di Perbaungan untuk lunch. Macam biasa la, nasi padang. Settled makan dan snappy depan restoren yang agak menarik landscapnya kami meneruskan perjalanan ke kota Medan.

Lunch Nasi Padang lagi,... di Restoren Simpang Tiga





Kekenyangan .. lepak sblm ke destinasi seterusnya....


Kami tiba di Kota Medan lebih kurang jam 4petang dan terus ke Istana Maimun… Istana Melayu deli yang sampai sekarang masih dihuni kerabat raja. Entrance fee semua Rudi yang settlekan, kami cuma terjah je sambil snappy2…  Siapa-siapa yang berangan nak jadi raja dan permaisuri tu boleh la sewa baju ya untuk snappy sebagai kenangan.. Ada kerabat raja yang offer untuk guide us sepanjang lawatan so derma la seikhlas hati ya.. kisahnya sila baca kat wiki ya.. malas nak tulis panjang2… hehe

Istana Maimum dari pintu masuk.. Yang baju kelabu tu guide kami Pak Rudi

Ibu-ibu berposing... Laily, Tuan tanah & Erry

Jemaah rombongan.... Kid, Harith, Erry, Zaira, Me & Laily

Dan lagi.... minta tolong guide Istana Maimun snapkan...

Bawah tu kediaman kerabat Sultan Melayu Deli yang masih ada ada

Lepas bergambar lebih kurang, kami pun gerak KiIang batik Wajir untuk shopping. Sebelum tu sempat juga la kami pusing-pusing kat Pajak Ikan tu tapi sesak weh. Peminat pun ramai. Aku berdua dengan Laily, kid dengan family so kami jalan asing-asing. Habis satu round aku dengan Laily terus cabut masuk kereta.. hahaha.. rupanya Kid pun sama… so terus mintak Rudi bawak ke kilang batik, aman sket nak shopping…  yang penting ada aircond… baru selesa nak tawar menawar…..  Bukan la nak berlagak tapi rimas la kalau baru je kau nak telek barang.. muncul je peminat kiri kanan tunjuk macam-macam. Boleh juling biji mana tengok kiri kanan depan belakang… ada yang lagi extreme siap tarik-tarik baju.. tarik-tarik tangan.. memang nak kena pelempang le.. nasib baik la tempat dorang so sabar je la….

Berjuta-juta jugak la kami habis kat sini so malam ni terpaksa la terjah airasia website nak tambah luggage. Settle shooping terus gerak ke hotel Grand Kanaya untuk check in. Macam biasa la, semua Rudi yang settlekan. Kami cuma lepak di sofa tunggu semua settle. One thing about holiday kat Medan, infact kat Indonesia ni dorang memang amalkan budaya tipping so bagi la tips seikhlas hati. Dorang tak paksa cuma kalau dah dorang tolong angkat beg u all yang dah macam batu tu, sila la menderma sket ya… Ni pandangan aku la….

Masuk bilik terus pengsan… memang baru terasa penat….sakit pinggang lama sangat terhentak dalam Innova. Ada satu area kat Medan tu tapi lupa area mana, jalan memang teruk gila dengan batu-batu je tak ada tar. Dah tak macam kat town, kami semua ingatkan sebab banjir ke jalan rosak. Sekali Rudi cakap sebab dorang tak undi parti pemerintah masa pemilu (pilihanraya) sebab tu jalan yang rosak dibiarkan je. Hahaha.. macam tu pun boleh? Kalau kat sini, sah-sah ramai yang nanti baring-baring kat jalan tu protes siap pijak-pijak poster & bakar bendera lagi.. kihkihkih.. dunia beb.


Jam 8mlm, kami dah ready tunggu Rudi di lobby untuk dinner di Lubuk Idai. Malam ni makan lain sket bukan masakan Padang. Katanya salah seorang chefnya pernah kerja kat Malaysia so pandai masak ala-ala Malaysia. One thing about Indonesia ni, fresh juice dia memang meletop-letop. Pekat dan sedap. Masa dua kali ke Bandung dulu aku dah minum alpukat (avocado) puas-puas so this time try juice lain plak. Juice kuini.. markisa, terung belanda.. you name it.. semuanya best-best. Kat Lubuk Idai ni ada satu just pelangi kalau tak silap, mixed of few different fruits.. memang heaven weh minum. Kenapa la kat Msia ni susah sangat nak dapat juice yang best. Epal tu kalau boleh nak belah 10 untuk satu glass…

Malam tu memang tak ramai sangat orang so kami boleh pilih meja yang bersila.. makan sambil bersila memang heaven la… macam-macam la si Rudi tu order so belasah je la.. Kid yang memang hantu ikan apa lagi… enjoy the fish la katanya… hehehe



Menunggu makanan siap.. harith yang dah nak tido,....

Masih menunggu....

Tu dia,.. half dah sampai..... jemput makan....;)

Lama gak la kami lepak makan-makan kat Lubuk Idai ni.. sambil borak-borak sambil layan juices yang fresh..  sambil-sambil tu order buah salak dan bika ambon dengan Rudi untuk bawak balik. Esok dia bawa so tak payah la beli salak awal-awal sebab takut by the time sampai KL dah busuk. Harga pun lebih kurang je dengan pasar buah kat Brastagi tu. Sapa-sapa yang berminat nak cari pakej ke Medan tu boleh la contact Pak Rudi +6281 2609 57122, boleh juga add dia di FB Rudy Wardhana. Kalau tengok komen-komen kat blog, ramai yang cakap guide driver kat Medan ni berani mati, drive sikit punya laju but Alhamdulillah Rudi ni ok.. dia ikut phase kitorang so tak ada la dia ciluk sana-sana.

Rudi ni pernah bagitau before kerja dengan Fantasy holiday ni dorang kena training dulu, kalau ada guest yang muntah masa guide drive tu consider fail la.. tapi tengok komen-komen kat blog, ramai je cakap guide driver kat Medan ni drive macam crazy… kira tak pakai la teory Rudi tu.. hehehe.. or mungkin applicable untuk Fantasy Holidays je kot.

Lagi satu yang aku baca, ramai cakap guide ni suka paksa-paksa guest shopping kat kedai yang dorang akan dapat komisyen tapi aku tengok Rudi ni ok je.. Kami ni ikut suka sendiri je nak shopping kat mana..  Cuma kurang suka sikit ke Pajak Ikan sebab sesak dan ramai sangat peminat.. hehehe

Settled makan dan borak-borak terus gerak balik ke hotel. End of day 3. Esok last day, pagi-pagi esok nak kena arrange luggage betul-betul.. macam banyak je barang ni..


No comments:

Post a Comment