Thursday, November 27, 2014

BANDUNG THROWBACK -OCTOBER 2012

DAY  1 : LCCT - BANDUNG

Assalam…

Belum ada idea lagi nak tulis pasal trip pangkor tu.. haha…so aku cerita pasal trip second time aku ke Bandung dengan Family abg aku Aizul dan family kakak ketiga  aku, teh Sal. Ni pun dah banyak lupa sebab dah lama sangat dah trip ni..

So rombongan cik kiah ke Bandung kali ni selain aku ialah abang aku Aizul, isteri dia Has dan Adam si kecik yang baru umur 5 bulan time tu, kakak aku Teh Sal dan abg ipar aku Ayah Teh Syed dan anak bongsu dia Pya, anak teh yang sulung , Rizal & isteri Anies & baby Khaleef dan juga anak keempat teh, Ain & suami Sahrim serta anak sulung Aymin

Ahli rombongan dari kiri... Sahrim, Aymin, Rizal, Anies,  Khaleef, Teh Sal, Has, Adam (tido dalam stroller), Tuan Tanah, Pya, Ain & Ayah Teh Syed & photographer Aizul...


Macam biasa la..urusan booking flight, accommodation, budget, itinerary semua aku yang handle la. Kali ni aku book accommodation & transport dengan Iwan, owner Setiawan Transport. Our accommodation ni actually villa 5 bilik, besar dan sangat selesa.  Walaupun just guesthouse tapi aku ambil pakej sekali dengan breakfast. Ada juga staff husband and wife yang datang bersihkan villa ni pagi-pagi. Dorang pun stay dalam kawasan villa ni..  ada rumah untuk dorang kat tepi Villa ni.

Coffee tea memang dorang provide sekali dengan water dispenser so memang ok sangat la untuk group yang besar macam kami ni


Ruang Makan & dapur

Ruang lepak-lepak... 



Ruang lepak tepi rumah..... juga untuk breakfast 

Flight kami ke Bandung jam 6.25 petang. On the way ke airport tu memang hujan lebat but by the time nak take-off tu langit dah ok so flight memang smooth je. Kami sampai di Bandung airport jam 7.25 malam. Urusan keluar pun tak ada masalah sangat. Keluar je memang driver (lupa plak  nama sebab dah lama sangat) dari Setiawan transport tu dah tunggu so settle masuk barang dalam Van Suzuki Elf terus gerak ke Restoren Karamba untuk dinner. Suzuki Elf ni memang sangat-sangat selesa, kakak ipar aku Has siap boleh berdiri la dalam van ni.. haha

1st day ni tak banyak sangat gambar sebab sampai pun dah malam… semangat nak bergambar tu belum muncul lagi…Esok baru bermula aktivity jalan-jalan cuci poket a.k.a shopping.... ;)


to be continue...

MELAKA – ANOTHER THROW BACK WITH LOVELY MUM… JANUARY 2012

Assalam...

Sebelum ke Janda Baik tu sempat juga bawak Arwah mak jalan-jalan ke Melaka…

These pictures were the proof that how happy she was during the trip…


Kenangan terindah…. Senyuman terindah....
Allahyarhamah Bonda tercinta.... Andak,..Has.. Umar.. Tuan rumah...
infront .. Arissa..Izlyin & Mia....


Allahyarhamah Bonda tercinta.... Aizul,..Andak & Tuan rumah...
infront .. Arissa..Izlyin...Mia & Umar

Mak...Kak Ani & Andak...

Senyum seorang 'Mak".. dah keletihan masa sebab berdiri lama sgt...


Depan muzium  kapal... stop jap tepi jalan untuk mak pose kat sini

Has..Mak..Kak Ani.. Andak & Hanny
infront..Syita & Me

Jauh  masa ni mak kena  berjalan.... nk pose depan  A famosa punya pasal...

Mak & Izlyn...



Wednesday, November 26, 2014

THROWBACK JANDA BAIK - FEB 2012

Assalam..

Sebelum aku cerita kisah trip ke Pulau Pangkor tu, aku nak mengimbas kenangan last holiday trip kat Janda Baik  dengan Allahyarhamah mak aku.  Trip ni satu malam  je, sabtu 4 Feb hingga Ahad 5 Feb 2012. 6 bulan sebelum mak aku meninggal dunia.  Aku book 5 chalet,  tak silap satu malam rm100 je.. ok  la..  dekat dengan sumgai..chalet pun ok...

Jeram yang sejengkal je dari chalet

Allahyarham mak aku ni lahir nya kat Teluk Sisek Kuantan but selepas tu berpindah-randah ikut Allahyarham tokki aku tapi still daerah Kuantan la. So most of the places yang dia duduk tu ada laut.. ada sungai… So bila aku cerita pasal trip Janda Baik dia memang seronok sangat siap berangan nak duduk atas batu memancing macam masa kecik-kecik dulu.

Lepak-lepak sebelum acara makan udang galah berjemaah,... Tuan rumah, Mak, Andak & Kak Ani

Kami semua memang tak yakin la mak aku akan buat semua ni sebab mak ni tak boleh jalan lama-lama  sebab pernah patah tulang pinggul dan lutut. Tapi mak memang confident la.. dia cakap mak duduk tepi-tepi je…



Trip  ni tak ramai sangat yang join sebab time ni ramai pulak yang ada plan lain but aku proceed je la..yang penting nak bawak mak aku jalan-jalan.  Yang join masa ni kakak aku Kak  Ani dan famili,  abang aku Pak Itam dan family,  kakak aku Andak, Ngah dan anak dia Ike, Anak sedara aku Erry dan family.


Mak aku duduk kat bench tu je..tak berani nak masuk air..batu-batu licin..  dia takut jatuh...

Macam biasa la, urusan booking membooking ni memang kerja aku..  before ni aku dah pernah pergi Janda Baik dengan Imi, Amer dan family Kid..Btw, dorang semua ni anak-anak sedara aku yang memang close dengan aku..dorang ni juga la geng jalan-jalan bila bosan kalau tak ada apa nak buat masa  weekend. Masa first trip tu kami stay kat Pondok Impian, owner dia Den Wahab but ayah mertua dia, pelakon Tamam Idris yang jaga. Tempat pun cantik.


Santai-santai...  Ike.. atas riba tu Harith, Kid.. Mak & Andak...


Pak Alang, suami Kak Ani.. btw, kak Ani ni mak Imi & Syita..

Tiga dara...Izlyn anak Pak Itam... Zaira dan Syita.. sakan makan ice-cream sambil berendam...

Zaira.. budak yang sakan main air sampai tak nak keluar dari jeram....

Sessi berendam... De anak Pak Itam.. Syita,.. Ngah dan Andak....



Gossip-gossip sambil berendam....



Masa second time ni aku book D’River sebab Pondok Impian tu fully book. D’river ni pun cantik,chalet dua tiga langkah je dari jeram…. Memang best la duduk sini. So layan gambar-gambar kami kat sini. Banyak gambar dah hilang  sebab thumb drive hilang…

Sampai je kat chalet terus lunch sebab kakak2 aku dah masak siap-siap dari rumah masing-masing... yang paling ditunggu udang galah sungai pahang. Aku dengan Erry buat nasi lemak kukus ayam rempah...Ada lagi lauk-lauk lain so sampai malam  la tak payah masak. Aku bawak portable cooker tu so untuk breakfast dengan lunch esok kami masak je...Barang-barang beli kat kedai runcit kat kampung situ.


Zaira....Budak yang suka main air....

Buktinya.....dah lebam biru mulut berendam....



Ike dan Harith..... 



Tak habis-habis lagi gossip... hahaha.... lepas tu kelaparan...

Kak Nor yang teruja dapat main air..  ni isteri abang aku Pak Itam...

Sessi makan selepas berendam...

Kak Ani melayan perasaaan... sambil berangan,...nk buat jeram keliling rumah kot..hehehe

Imi yang kesejukkan....


KRABI DAY 3 - FINALE

Assalam…

Sambung lagi kisah Krabi…

Lepas  balik dari elephant trekking tu lepak-lepak jap kat Hasna Palace, cafe kat simpang nak ke hotel kami. Hasna actually ada gak budget accommodation. Food dia ok gak la but a bit pricy, cafe hotel la katakan..padahal....

Melepak kat Hasna Palace...sebelum balik bilik... Depan tu restoran yang kami lunch masa 1st day





Apa la kak nam ni buat..lupa dah air apa tu tapi rasa macam minum santan....

Aku dengan Syita layan pancake  je but budak berdua tu makan cheesy apa ntah… Lama gak la kami lepak kat sini borak-borak. Esok pagi dah nak balik so posing-posing dulu sebelum balik bilik.


Air biru tu Ejad dengan Imi punya.. sebelah tu cheese apa ntah....

Tapi sebelum balik bilik, lepas Hasna tu singgah pulak gerai tepi jalan, makan pulut dengan ayam goreng...sebab tak lunch so kami makan-makan ringan-ringan je tapi sampai 2 kali makan tu..hahaha....

ni tak silap chicken wing dengan pulut kot... eh..ni kedai lain plak...buka hasna...

Masa tengah sakan posing tu ada satu brader ni siap stop Hilux dia nak tunjuk lobster dia baru dapat..Dia cakap pergi mancing kat mana ntah. Si Ejad dengan Imi yang layan brader tu borak

Mamat suka pose kat signboard...

buktinya..2 kali pose tempat yang sama..hehehe

Brader lobster.. semangat dia panggil kami nak tunjuk lobster...

cantik je lobster ni pose dalam besen..

Balik bilik rest je tak ada buat apa pun...aku dengan Syita pengsan je la..penat kena main dengan Yaya siang tadi..hehehe...

Lepas maghrib kami keluar dinner naik tut tut..Malam ni dah plan nak makan besar kat Bambo. Food dia walaupun a bit pricy tapi sedap. kat situ dah macam makan kat Msia sebab most of the customers orang Msia..

Macam-macam la Imi dan Ejad order..  yang paling best tomyam kung... Dorang siap order lobster lagi..tapi dorang berdua je la belasah...aku dengan Syita tak layan lobster ni... malam ni masing-masing dah malas nak snap-snap.. lagi pun masing-masing kebulur siang tadi makan ringan-ringan je..



Mamat ni dah tak sabar nak belasah lobster.... Aku dengan Syita layan ikan masak som tham tu je.... sodapp wehhh...

Tu dia... tersandar kekenyangan......


Lepas makan ronda-ronda jap kat pantai Aonang tengok mat saleh main lantern.. lepak-lepak jap kat bench tepi pantai tu makan pancake..ronda-ronda lagi kat gerai-gerai yang belah-belah dalam beli mana yang belum beli lagi. Masa ni dah tak ada pic. Masing-masing malas dah snap. Balik tu santai-santai je kami jalan kaki...sepanjang jalan tu banyak gerai-gerai souvenir..harga pun lagi murah dari kat kedai-kedai kat pantai Aonang tu....

Aku dengan Syita terus balik bilik but budak dua orang nak merayau malam tu. Tak tau pukul berapa dorang balik..Aku dengan Syita dah pack barang awal-awal sebab esok jam 6.00 pagi dah nak gerak ke airport.Kami dah book dengan driver cab yang hantar kami datang hari tu..harga pun sama 600bath je.

So tamat la kisah kami kat krabi. Insyallah aku rasa nak repeat lagi krabi ni in future maybe stay one night kat Krabi town sebab masa trip ni tak sempat nak terjah pasar malam yang popular kat krabi town tu.

Balik dari trip Krabi ni aku busy plak dengan  arrangement family trip ke Pangkor... dah memang jadi tradisi family every year akan buat family trip...but biasanya tak semua join la. mana-mana yang available je..  dari masa parents aku still ada lagi but this trip will be first trip without my mum yang passed away last August 2012 and 2nd year without Allahyarham ayah aku yang meninggal Dec 2010. Alfatihah untuk Allahyarham Ayahanda & Allahyarhamah Ibunda tercinta. ALFatihah




Tuesday, November 25, 2014

KRABI DAY 3 - ELEPHANT TREKKING

Assalam….

Hari ni kami akan beraktiviti elephant trekking plak so pagi tu sebelum dorang datang pick-up kami pegi breakfast dulu kat restoren muslim kat simpang ke hotel ni. Dalam jam 9.00 pagi pick up sampai, lepas ambil kami terus gerak ke elephant camp tu.


OTW...Menikmati pemandangan sebelum kena patah balik keAonang

Pic guests yang ambil pakej dengan dorang...... Masa kat  camptu nanti ada yang akan ambil pic kita atas gajah tu..

Aku pun tumpang posing juga la... nak lawan dak kecik tu..

Dak kecik yang macam biasa memang kaki posing


Macam-macam style mamat ni..bertafakur la plak...


So sambil layan view sambil posing-posing sebab kami berempat je dalam tu. Dah jauh juga la kami gerak sekali driver tu dapat call kena patah balik ke Aonang ambik  2 orang mamat mat saleh. Tak pasal-pasal kena pusing satu Aonang patah balik ambik dorang.

Tu la mamat mat saleh yang sebabkan kami kena patah balik ke Aonang....

Wayar yang berselirat... jenuh la electrician nak check kalau black-out...

View sepanjang jalan...

Kedai-kedai dipinggr  jalan.. ni dah kawasan kampung-kampung


dua kali alu depan resort ni.. 2nd time bila kena patah balik...


Dalam pukul 10.00pagi baru sampai ke elephant camp tu. Memang tak ada orang cuma group kami dan mat saleh tu je. So lepas dorang settle bawa  gajah ke tempat macam platform terus kami duduk atas gajah masing-masing. Tak tau nak panggil duduk ke naik gajah..macam lawak  je..hehe


dah sampai di elephant camp...tepi jalan besar je


gajah-gajah bersedia untuk bertugas......





Gajah kami nama Yaya but lupa pulak nama gajah budak berdua tu. Antara tiga gajah yang trekking hari tu, si Yaya ni yang paling kecil dan muda…yang paling besar gajah mamat mat saleh tu tapi dorang yang paling slow, jauh kena tinggal kat belakang. Si Yaya ni paling depan..

Ni gajah Imi dan Ejad....dorang park gajah ni kat platform ni... hahaha...belasah je la janji paham

Memulakan perjalanan dengan si naughty....
Trekking dalam ladang getah....


Yaya ni gajah betina yang muda so memang playful la. Aku dengan Syita cuak pun ada…takut jangan cakap la…tapi kelakar pun ada…haha… tengok je  la pic nanti. Gajah Imi dan Ejad tu relaks je.. betul-betul ikut cakap tuan dia tapi si Yaya ni Ya Rabbi memang tak dengar langsung cakap dan nakal gila…

Gajah dorang ni relaks je...but kadang-kadang marah juga dia ngan si Yaya tu...
Bila mengaum, bergempa satu ladang getah ni...


Trek yang kami lalui tu kebun getah so ada part tu memang trek tu teruk gila macam lopak-lopak dan lubang-lubang treknya. Aku duk pikir kalau la Yaya ni terpelecok mau mati kena hempap kami ni.. hahaha..imagination wild gila…

Korang tengok trek tu..sikit punya besar lopak-lopak dia...
kalau yaya terpelecok mau kena hempap kami ni

Masani Yaya dah start nak buat hal..nak gerak langsung walaupun dah kena ketuk dengan tuan dia...


Certain tempat tu ada macam bukit or  busut besar, si Yaya selamba je post maut atas tu..siap mengaum-ngaum lagi (betul ke gajah mengaum? belasah je la)..aku dengan Syita memang cuak je.. tuan dia suruh jalan pun dia buat keras je…degil pun ya jugak si Yaya ni… tu tak masuk lagi part dia berdiri tepi tebing  bukit siap angkat-angkat kaki…Masa ni aku dengan Syita dah cuak gila..buatnya si Yaya  tu turun bukit, mau tercampak kami ke bawah…. Dalam kepala siap terbayang kena hempap dengan si  Yaya ni…

Tengok aksi berani mati Yaya ni sakat kami.. Kat tebing bukit gak la dia nak main angkat-angkat kaki. banyak kali juga dia acah-acah macam nak turun bukit. Boleh tahan tinggi juga la bukit ni...Cuak gila dah kami masa ni... Mamat tu boleh senyum pula..rasa macam nak lempang je


Gajah dorang ni relaks je lepak layan kunyah daun kelapa...

Masa kat dalam kebun getah tu Yaya ni banyak stop dan banyak main-main.. angkat kaki la..makan daun la…gajah Imi dengan Ejad boring kot kena tunggu kat belakang so banyak kali gak dorang mengaum… tak pasal-pasal mamat berdua tu cuak..hahaha….
Atas busut ni plak si Yaya ni main angkat-angkat kaki..siap mengaum lagi...  Kami tu muka je senyum..tapi dalam hati cuak gila.. buatnya ter peleok si Yaya ni.. haru kami tergolek dalam kebun getah....

Dorang ni juga yang enjoy the ride....relaks je gajah dorang ni..tak ada kecoh-kecoh macam Yaya
Gajah dorang paling slow.. sakit lutut kot.. hehehe

Kelapa nan  sebatang...bengkok kena tendang dengan yaya kot..haha

Dah settle part berani mati Si yaya ni usik kami sampai pula time ke sungai.. Yang ni tak tau nak rasa marah ke lawak…Yang dua ekor lagi gajah tu cuma minum-minum je tapi kami ni dah hampir kuyup kena sembur dengan si Yaya ni.. Mat saleh berdua tu jangan cakap le..gelak sakan dorang tengok kami kena sembur.. Siap ambil pic kami kena sembur lagi…Yang tak boleh blah.. muka budak jaga Yaya ni macam tak ada perasaan je.. rasa macam nak lempang je dia.. bukan nak suruh yaya tu stop… selamba tengok kami  kena sembur… Dah la air sungai tu busuk…. 


Ni lagi satu.. aksi kena sembur dengan si Yaya ni....

Bukan sekali kena sembur..tapi banyak  kali.. dah naik ke tebing baru stop..habis basah muka.. tu yang pakai shade takut air masuk mata... busuk weh air sungai tu....tengok la muka Syita tu..hehehe

Mamat-mamat ni gelakkan kami..siapa ambil gambar lagi..hampeh betul

Gajah ni asyik nak minum je...penat kot angkut manusia dua orang ni..berat pun boleh tahan..hahaha....

Sakan si Yaya ni menyembur... tuan dia dah lari duduk tepi sungai.. hampeh betul mamat tu

dah habis menyembur baru nak minum..lempang gak la si Yaya ni...

Dah habis aksi kat sungai tu gerak balik ke camp. Lepas trekking tu dorang bawa kami ke seberang jalan  untuk baby elephant show pula.. show pun dalam  15 minit je.. show biasa-biasa je..




Baby elephant....

Besar ni berani la pegang-pegang..dapat yang macam Yaya tu kirim salam la nak dekat..

Anak gajah dengan gelung-gelung....

Main basket ball la pula ank gajah ni....



Habis posing-posing dulu mak gajah dan anak gajah.. lepas tu gerak balik ke Aonang dengan transport yang sama tadi.

Yaya yang nakal...ready untuk mangsa berikutnya....



Dekat tapi jauh..haha..nak berani nak dekat sangat....


Syita muka cuak je posing..hahaha...

to be continue......