Saturday, November 22, 2014

Medan Day 2 : Brastagi ke Parapat

Ahad : 21 April 2013

Se awal jam 8 semua dah bersedia untuk sarapan di cafe hotel dengan menu yang terhad ala carte iaitu mee hon atau nasi goreng. Sebelum tu masing masing sempat lagi snappy2 sekitar kawasan hotel yang masih sunyi. Agaknya  tamu2 lain pun masih berselimut… Udara pagi pun sangat segar tanpa  pencemaran udara mahupun bunyi lori2 yang mengangkut sayur dan buah-buahan untuk di hantar ke Kota Medan.

Menunggu sarapan siap... posing2 dulu....

harith.. posing di tepi pool.... boleh tgk je.. tak boleh mandi.. sejukkk...

Zaira.. hari yang ceria....

Posing di pagi hari....

view sekitar Green Garden Hotel, Brastagi





Puncak Sinabung dari kejauhan...

Jika cuaca baik dan tidak berkabus, kita boleh dapat melihat puncak Sinabung yang mengeluarkan asap. Masa kami di sini, cuaca agak bagus dan kami dapat melihat puncaknya yang diliputi kabus dan asap.

Lebih kurang jam 9 pagi kami bertolak ke Parapat dan akan berhenti  air terjun Sipiso piso serta minum tea halia di Simarjarunjung. Keadaan jalan pun sama macam semalam, windy dan agak sempit dengan dihiasi pemandangan bukit dan gunung ganang yang cantik dan unik.

Si Piso Piso... Indah ciptaanNYA

Posing berlatar-belakangkan Si Piso Piso..

Air terjunnya keluar dari celahan batu di dinding bukit.. memang sangat menarik.. Siapa2 yang tahan lasak tu boleh berjalan ke bawah menggunakan tangga  tapi agak curam


Pose cari makan ni,. haha...


Kami yang  kurang lasak dan bertenaga ni cuma snappy2 di sekitar kawasan. Udara pun nyaman. Terdapat juga gerai yang menjual pelbagai souvenir dan juga tshirt.. Setakat ini kami masih selamat lagi dari shopping2 dan memang niat kami untuk shopping di Pulau Samosir dan Medan sahaja. Dari blog2 yang aku baca ramai mengatakan shopping souvenir di Samosir lebih murah.
Gerai- gerai souvenir di Si Piso Piso.. tak tau mahal ke murah sbb memang tak  masuk pun

Kami cuma spent about 20 minutes je kat Sipiso Piso ni sebelum meneruskan perjalanan ke Simarjarunjung untuk pekena tea halia dan goreng pisang yang popular di kalangan pelancong Malaysia tu. Sepanjang perjalanan memang aku langsung tak tidur. Menikmati pemandangan sambil berborak borak dengan Pak Rudi, orangnya masih muda tapi agak pendiam. Sekali kala dia akan ceritakan kisah2 menarik tentang Medan ni.
Menikmati tea halia dan goreng pisang di Simajarunjung Hill.. Baju merah tu guide kami dari Fantasy, Pak Rudi

Lebih kurang jam 12tghari, selepas hampir satu jam setengah perjalanan kami tiba di sebuah resort kecil iaitu Siantar Hotel & Rest dimana cafenya popular dengan tea halia dan goreng pisang.  Satu set tea dan goreng pisang rp13ribu. Aku rasa tea halianya lebih sesuai dipanggil tea herba.. mmg pekat dengan herba dan rempah. Juling jugak la mata nak habiskan secawan tea, nasib baik goreng pisangnya sedap. Actually bagi aku tempat ni tak ada apa yang special sangat kecuali dua benda ni je. Viewnya pun biasa2 je tapi nak test power minum tea herba apa salahnya kan? ;)

Borak-borak sambil layan tea halia.. boleh juling mata nak habiskan secawan


Ni lah tea halia yang famous di kalangan pelancong Msia
makan jangan tak makan... 
View sekeliling Siantar Resort....kebun sayur-sayuran

Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Parapat dan Lake Toba mula kelihatan dari kejauhan. View memang sangat cantik dan kita bagaikan bergerak mengelilingi lake toba, yang merupakan tasik bekas gunung berapi terbesar di dunia. Sempat juga kami singgah di satu tempat yang dipanggil tanjung unta sebab bentuknya yang macam belakang unta.

Tanjung unta... on the way ke Parapat

Posing sket.. tepi jalan je ni... tak boleh lama-lama sbb jalan sempit

Erry, Zaira & Laily.. jemaah rombongan
Puan laily.. kaki jalan tegar ni....


Kami tiba di Parapat lebih kurang jam 2 ptg dan terus singgah untuk lunch di Restoren Istana Minang sebelum menaiki feri ke Pulau Samosir. Seperti biasa, makannya adalah makanan Padang. Bermacam jenis lauk pauk akan  diletakkan di meja so pilihla yang mana suka. Sebab kita akan dicharge untuk setiap lauk yang disentuh.  So pandai pandai la ya.. buangkan sifat tamak haloba ya… ;)

Lunch nasi padang di Restoren Istana Minang

Gossip-gossip sambil makan-makan... gossip tempat kerja la tu....;)


Lepas sette makan, terus Rudi bawa kami ke Jeti untuk Feri penumpang yang agak tradisional. Untuk pengetahuan terdapat 2 jeti ke Pulau Samosir iaitu untuk feri penumpang di Tigaraja dan juga feri untuk kenderaan ke Samosir iaitu di Jeti Ajibata.  Tiketnya semua Rudi yang settlekan. Kami cuma bawak diri je…
Selepas 45 minit perjalanan dengan pemandangan yang menarik dan memukau, kami tiba di Pulau Samosir iaitu di Kg Tomok dan bermula la acara tepis menepis. Hahaha. Sepanjang laluan ke muzium batak dan rumah batak, dipenuhi dengan kedai2 yang menjual pelbagai barangan souvenir so pandai2 la untuk mengelak.

Atas feri ke Pulau Samosir....

Pose sket... Erry & Zaira

Kid & Harith.. percubaan "peace" yang gagal...

saujana mata memandang....

Menghampiri jeti Kg Tomok....

Feri di tepian tasik.. very colorful


Nasihat aku, jangan berjanji or even jawap nanti2 sebab dorang ni akan mark muka you all dan bersedia la untuk ditarik on the way balik ke jeti nanti. Ni pengalaman aku sendiri so nak selamat just diam and smile. 
Kami terus di bawa oleh Rudi untuk melihat patung si gale gale dan juga rumah tradisional batak yang masih dihuni sehingga kini. Cicak bagi lelaki batak mengambarkan sikap survival iaitu boleh hidup dimana saja dan bagi kaum wanita pula dua biji tempurung kelapa sebagai symbol tetek yang mengambarkan kesuburan…so boleh dilihat setiap rumah batak akan dihiasi patung berbentuk cicak dan juga dua biji tempurung kelapa yang berbentuk payudara. Maknanya orang batak ni subur2 la ya.. :)
Zaira dan si gale gale... mistik kisah si gale gale ni....

Telek apa tu cik pah Erry....

Budak2 ni mmg tak takut wpun mcm pelik je muka si gale gale tu...

Lagi satu sifat orang batak ni macamana yang Rudi bagitau, orang perempuan lebih banyak bekerja dari kaum lelaki selepas kahwin manakala kaum lelaki banyak habiskan masa di kedai kopi. Macam balas dendam la plak maklumlah nak kawin dah habiskan banyak duit temasuk kena bagi seekor kerbau dgn hantaran duit lagi. So silalah kerja  ya..  Sepanjang jalan tu memang nampak la ramai pakcik-pakcik batak lepak di kedai kopi manakala makcik-makcik sibuk bekerja di kebun. Moral of the story, jangan cari orang batak ya… hehehe
Rumah tradisional batak yang masih berpenghuni...

Apalah yang diceritakan oleh Pak Rudi tu. Kusyuk je Laily tu 

Apa la yang ditengok tu.....

Selepas tu kami meneruskan lawatan ke Musium batak yang terletak berhampiran untuk melihat budaya dan cara hidup kaum batak pada satu masa dahulu. Dan selepas ni bermula la acara shopping menyopping souvenir untuk kaum kerabat. Satu lagi tips ya, kalau nak shopping di sini, pilih kedai2 yang hujung sebab kurang ramai orang so dorang tak berkira dan boleh bagi harga yang murah. Kami banyak shopping di kedai pertama dan kedua dari Muzium batak. Memang harganya berbaloi baloi.
Ni bukan orang batak ya.... 

Kusyuk dengar kisah kaum batak yang dulu terkenal dengan kisah-kisah makan orang....

Tunggu tuan rumah buka pintu...harith siap bagi salam lagi masa ni.. haha

Muzium batak... concentrate dengar cerita Pak Rudi sebelum masuk

Jom masuk....


Ruang utama rumah kaum batak

Katil raja batak... 

senjata kaum batak zaman dahulu...

Dah settle shopping dan snappy, masa untuk ke jeti, Rudi dah bersedia menunggu kami di Jeti, feri pun dah ada, kami terus gerak ke feri dan selepas 45 minit kami tiba di jeti before proceed ke Danau Toba International Cottage untuk check in.

Kid & famili.. tunggu turn nak berposing di tugu 

I posing dulu la ya Kid dengan Zaira.. Lama sgt tunggu tak ada orang

Haha.. Kid dah malas menunggu.. posing je la.. mmg popular spot ni...

Dekat je pun dari jeti, tak sampai 5 minit pun.. Lebih kurang jam 6 petang jugak la baru check in. Settle check in, menapak la kami turun untuk ke bilik masing-masing dengan view yang superb.  Bilik ok dan selesa Cuma satu je masalahnya, nyamuk. Call reception minta dorang datang spray masa kami dinner nanti. Sempat la rest sejam dua, mandi manda.. snappy2 sebelum keluar untuk dinner. Waktu malam dah tak ada pic.. letih campur malas nak snap. Hahaha.. so berakhirnya hari kedua di Pulau Sumatera Utara.






No comments:

Post a Comment