Tuesday, January 6, 2015

TRAVEL PACKAGE - BANDUNG.. MEDAN... VIETNAM

Assalam semua...

Belum ada masa lagi nak update betul-betul...  ni nak bgtau sapa yang teringin nak ke Bandung.. Medan atau Vietnam boleh la contact ya.. tolong kengkawan yang buat pakej...

boleh la contact aku at waracunena@gmail.com


Vietnam 4Day/3Night - RM1299 including flight
Bandung 4Day/ 3Night Ground Package (Exclude flight & Airport tax) - RM690.00/pax
Medan 4D/3Night Ground Package (Exclude Flight & Airport tax) - RM 530.00/pax

Untuk Vietnam tu ikut schedule dorang, tak silap bulan 3 ni dorang ada slot ke Vietnam
As for Bandung & Medan tu untuk minimum 4-person..




Saturday, January 3, 2015

2014 YANG MENCABAR DAN 2015 YANG PENUH DENGAN HARAPAN

Assalammualaikum semua…

Salam Maulidur Rasul dan juga selamat tahun baru 2015.

Lama tak mengupdate blog yang tak seberapa ni…  mood ke sungai.. hanyut dibawa banjir…. L
Cerita pasal banjir ni walaupun rumah arwah mak ayah kat kampung tak kena but some of my family members were badly affected.  Bandar Maran seingat aku tak pernah kena banjir teruk this year paling teruk…  

Kakak sulung aku yang 40 tahun lebih duduk Kota Bharu tak pernah kena pindah walaupun every year kena banjir… normally setakat lutut je but ok je sebab rumah dia 2 tingkat dan ada loteng lagi… so bila banjir dorang pindah atas…

 But this year is quite bad sampai menangis-nangis dia cerita kat Andak yang tengah malam dorang terpaksa meredah air banjir setakat pinggang dalam gelap sehelai sepinggang… Kereta pun tenggelam dek banjir... Dorang memang tak expect the flood will be that bad… Anak sulung kakak aku ni cikgu besar kat Gua Musang dan kebetulan dia ke KL so stranded kt KL.. rumah tak tau apa cerita… anak yang kedua duduk kt area Wakaf Che Yeh.. rumah banjir.. kereta dua buah tenggelam… lagi dua anak pun  yang dok kat kota Bharu pun semua kena…  the whole family affected… rumah.. kereta… except anak yang keempat yang dok Johor Bharu…

Tu kisah yang kat KB.. yang kakak lagi sorang kt Bukit Rangin, Kuantan pun teruk jugak.. last year rumah dia air lagi satu kaki nak sampai siling..  lepas banjir repair rumah habis hampir 100K but this year kena lagi cuma tak seteruk last year sebab dorang dah buat longkang besar tepi area rumah dia tu…  Rumah kakak aku ni betul-betul sebelah Petronas Bukit Rangin..  Masa pegi Raya Haji baru ni rumah dia baru fully repaired and renovated…  ni kena lagi… kesian kakak aku ni….

Not only that anak sedara aku yang rumah dia sepelaung je dari Hospital Temerloh pun kena.. dia dah duduk Temerloh dah 15 tahun dan tak pernah kena banjir  tapi this year pun kena pindah…  nasib dia sempat pindah kan 2 bijik kereta dia ke kawasan hospital yang tinggi.. sempat gak dia angkut tv, peti sejuk dgn washing machine… tu yang paling penting katanya.. yang lain tu redha je la apa yang jadi.. dah jadi macam tasik dalam rumah semua benda terapung-apung…

Ni kesah immediate family members.. sedara mara yang kat Kuantan tu memang ramai yang kena banjir. Arwah mak ayah aku memang asal Kuantan… so sedara mara memang ramai kat sini…  tu yang mood kelaut nk mengupdate blog… busy kt group whatapps mengupdate dan diupdate hal banjir ni…

Tu kisah banjir… selain tu kisah QZ8501 tu juga membuat mood merudum.. so far bila aku travel  memang selalu dengan Airasia..  ye la.. budget ciput so Airasia je la mampu.. dulu masa kerja memang la naik MAS bila outstation sebab  fully paid… sekarang bayor le sendiri…. Masa last naik Airasia balik dari Indonesia bulan 11 hari tu pun memang boleh tahan jugak teruk cuaca… aku fly balik flight tengahari tapi kt atas tu dah macam malam gelap gelita.. cuaca memang teruk.. flight gegar jangan ckp la.. dah rasa macam roller coaster… turun naik. Aku plak travel sorang.. memang cuak giler… kakak sebelah aku tu first time plak naik flight so bayangkan la.. betapa kuatnya dia pegang aku sebab takut… but Alhamdulillah flight landed dengan selamat dalam hujan lebat..  

Aku dah few times juga kena macam ni…  balik dari KK pernah kena.. balik dari Bandung dulu pun kena juga but Alhamdulillah…  ada sekali tu kena teruk balik dari Kota Bharu ke KL tapi masa tu naik MAS sebab pegi branch visit, btw dulu aku kerja bank buat branding & marketing .. Jaga Northern region dengan Eastern Region so selalu la fly ke Alor Setar dengan Kota Bharu …  lepas landed tu jangan cakap le.. masa turun flight tu menggelar kaki…  first thing yang aku buat, masuk toilet terus call arwah Mak kt kampung…  motif masuk toilet? J… hahaha.. 

That was the first clear air turbulence yang aku experience and was pretty bad… clear air turbulence ni memang kau tak predict sbb cuaca all ok.. cerah.. xde hujan..   lepas tu berbulan-bulan gak la aku trauma nak naik flight sampai sanggup naik tren pegi Singapore… 10 jam dalam tren dah la bukan sleeper.. kematu bontot duduk lama-lama.. trip Singapore ni pun pasal kerja dan aku pegi sorang jugak so xde maknanya aku nak naik flight..  tapi lepas tu terpaksa la redha naik flight balik kalau dah every week  ko kena pegi Alor Setar, Penang,  Kota Bharu & Kuala Trengganu…  tak masuk cover member untuk sabah Sarawak lagi tu….

Even now aku dah redha nak fly mana-mana tapi untuk long hours aku still tak sanggup.. not  only sebab trauma but aku bosan nak flight lama-lama. 3 hours is the max lepas tu boleh gila weh…  Masa abang aku duduk UK dulu pun tak pegi visit… 13 hours tu.. mau kena makan ubat tido baru naik flight…. J

So bila dengar or baca kisah-kisah macam QZ8501 tu aku boleh bayangkan suasana dalam  flight tu… masa flight KB tu, passenger belakang aku tu dah jerit macam nak tercabut nyawa dia…. Aku masa tu memang dah mengucap siap-siap… pejam mata dan redha je apa nak jadi.. macam dah terasa flight crash.. it was that bad… masa tu jugak dah terbayang muka arwah mak aku.. arwah ayah aku… tu yang landed je terus call arwah mak aku…  


It was heart-breaking bila dapat tau pasal QZ8501 tu..  macam-maca dugaan yang negara kita hadapi dalam 2014. Hopefully dan dengan izinNYA semuanya akan bertambah baik untuk 2015.