Assalammualaikum semua…
Salam Maulidur Rasul dan juga selamat tahun baru 2015.
Lama
tak mengupdate blog yang tak seberapa ni…
mood ke sungai.. hanyut dibawa banjir…. L
Cerita
pasal banjir ni walaupun rumah arwah mak ayah kat kampung tak kena but some of
my family members were badly affected. Bandar Maran seingat aku tak pernah kena
banjir teruk this year paling teruk…
Kakak
sulung aku yang 40 tahun lebih duduk Kota Bharu tak pernah kena pindah walaupun
every year kena banjir… normally setakat lutut je but ok je sebab rumah dia 2
tingkat dan ada loteng lagi… so bila banjir dorang pindah atas…
But this year is quite bad sampai menangis-nangis
dia cerita kat Andak yang tengah malam dorang terpaksa meredah air banjir
setakat pinggang dalam gelap sehelai sepinggang… Kereta pun tenggelam dek banjir...
Dorang memang tak expect the flood will be that bad… Anak sulung kakak aku ni
cikgu besar kat Gua Musang dan kebetulan dia ke KL so stranded kt KL.. rumah
tak tau apa cerita… anak yang kedua duduk kt area Wakaf Che Yeh.. rumah
banjir.. kereta dua buah tenggelam… lagi dua anak pun yang dok kat kota Bharu pun semua kena… the whole family affected… rumah.. kereta…
except anak yang keempat yang dok Johor Bharu…
Tu
kisah yang kat KB.. yang kakak lagi sorang kt Bukit Rangin, Kuantan pun teruk
jugak.. last year rumah dia air lagi satu kaki nak sampai siling.. lepas banjir repair rumah habis hampir 100K
but this year kena lagi cuma tak seteruk last year sebab dorang dah buat
longkang besar tepi area rumah dia tu… Rumah kakak aku ni betul-betul sebelah
Petronas Bukit Rangin.. Masa pegi Raya
Haji baru ni rumah dia baru fully repaired and renovated… ni kena lagi… kesian kakak aku ni….
Not
only that anak sedara aku yang rumah dia sepelaung je dari Hospital Temerloh pun
kena.. dia dah duduk Temerloh dah 15 tahun dan tak pernah kena banjir tapi this year pun kena pindah… nasib dia sempat pindah kan 2 bijik kereta
dia ke kawasan hospital yang tinggi.. sempat gak dia angkut tv, peti sejuk dgn
washing machine… tu yang paling penting katanya.. yang lain tu redha je la apa
yang jadi.. dah jadi macam tasik dalam rumah semua benda terapung-apung…
Ni
kesah immediate family members.. sedara mara yang kat Kuantan tu memang ramai
yang kena banjir. Arwah mak ayah aku memang asal Kuantan… so sedara mara memang
ramai kat sini… tu yang mood kelaut nk
mengupdate blog… busy kt group whatapps mengupdate dan diupdate hal banjir ni…
Tu
kisah banjir… selain tu kisah QZ8501 tu juga membuat mood merudum.. so far bila
aku travel memang selalu dengan
Airasia.. ye la.. budget ciput so
Airasia je la mampu.. dulu masa kerja memang la naik MAS bila outstation
sebab fully paid… sekarang bayor le
sendiri…. Masa last naik Airasia balik dari Indonesia bulan 11 hari tu pun
memang boleh tahan jugak teruk cuaca… aku fly balik flight tengahari tapi kt
atas tu dah macam malam gelap gelita.. cuaca memang teruk.. flight gegar jangan
ckp la.. dah rasa macam roller coaster… turun naik. Aku plak travel sorang..
memang cuak giler… kakak sebelah aku tu first time plak naik flight so
bayangkan la.. betapa kuatnya dia pegang aku sebab takut… but Alhamdulillah flight
landed dengan selamat dalam hujan lebat..
Aku dah few times juga kena macam ni… balik dari KK pernah kena.. balik dari
Bandung dulu pun kena juga but Alhamdulillah…
ada sekali tu kena teruk balik dari Kota Bharu ke KL tapi masa tu naik
MAS sebab pegi branch visit, btw dulu aku kerja bank buat branding & marketing
.. Jaga Northern region dengan Eastern Region so selalu la fly ke Alor Setar
dengan Kota Bharu … lepas landed tu
jangan cakap le.. masa turun flight tu menggelar kaki… first thing yang aku buat, masuk toilet terus call
arwah Mak kt kampung… motif masuk
toilet? J…
hahaha..
That was the first clear air turbulence yang aku experience and was
pretty bad… clear air turbulence ni memang kau tak predict sbb cuaca all ok..
cerah.. xde hujan.. lepas tu berbulan-bulan gak la aku trauma nak
naik flight sampai sanggup naik tren pegi Singapore… 10 jam dalam tren dah la
bukan sleeper.. kematu bontot duduk lama-lama.. trip Singapore ni pun pasal
kerja dan aku pegi sorang jugak so xde maknanya aku nak naik flight.. tapi lepas tu terpaksa la redha naik flight balik
kalau dah every week ko kena pegi Alor
Setar, Penang, Kota Bharu & Kuala
Trengganu… tak masuk cover member untuk
sabah Sarawak lagi tu….
Even
now aku dah redha nak fly mana-mana tapi untuk long hours aku still tak
sanggup.. not only sebab trauma but aku
bosan nak flight lama-lama. 3 hours is the max lepas tu boleh gila weh… Masa abang aku duduk UK dulu pun tak pegi
visit… 13 hours tu.. mau kena makan ubat tido baru naik flight…. J
So
bila dengar or baca kisah-kisah macam QZ8501 tu aku boleh bayangkan suasana
dalam flight tu… masa flight KB tu,
passenger belakang aku tu dah jerit macam nak tercabut nyawa dia…. Aku masa tu
memang dah mengucap siap-siap… pejam mata dan redha je apa nak jadi.. macam dah
terasa flight crash.. it was that bad… masa tu jugak dah terbayang muka arwah mak
aku.. arwah ayah aku… tu yang landed je terus call arwah mak aku…
It
was heart-breaking bila dapat tau pasal QZ8501 tu.. macam-maca dugaan yang negara kita hadapi
dalam 2014. Hopefully dan dengan izinNYA semuanya akan bertambah baik untuk
2015.